EBOOK PANDUAN TINGGAL BERSAMA KELUARGA ANGKAT DI JEPUN

EBook "Panduan Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Jepun" (Versi Baru dan Kemaskini) akan dilancarkan mulai 1 November, 2016 dengan harga promosi RM30.00 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan eBook dengan harga promosi, bolehlah menghubungi penulis di alamat email supce2001@yahoo.com atau sms ke 0164161121.

Sunday, January 23, 2011

GOOD MEMORIES IN BALING


Gambar ini diambil pada 6 Januari, 2011 di Hadapan Galeri Putera, Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah.

Satu pertemuan yang tak pernah dirancang diantara seorang warga Jepun dengan 2 orang anak watan di sebuah kampung yang bernama BALING.

Tujuan kedatangan warga Jepun ini ke Daerah Baling ialah untuk melihat sendiri tempat bersejarah iaitu "RUNDINGAN BALING" dimana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu mengadakan rundingan dengan Chin Peng, Ketua Parti Komunis Malaya pada tahun 1955.

Dipendekkan cerita, seminggu selepas itu, 2 anak watan ini menerima email daripada warga Jepun yang berbunyi :

Rahman san, Zubir san,
Konnichiwa. Ogenkidesuka. Nihon ha ima totemo samui desu.
Thank you very much for your time when we visited to Baling on 3 Jan. It was really pleased and surprised to get to know both of you, almuni JICA Friendship Program, in Baling by chance. It became one of good memories for us during the trip to Malaysia last time.
I hope to seeing you again in Japan or Malaysia.
Mata aimashou.
ARAI, Takuji
Tokyo, Japan.

45 Pelajar Ke Jepun Sertai Pelancongan Antarabangsa Koperasi Sekolah


Berikut ini sebuah artikel yang dipetik dari laman web bernama.com bertarikh 29 November, 2010 yang lalu.


SEPANG, 29 Nov (Bernama) -- Seramai 45 pelajar yang menjadi anggota koperasi sekolah di seluruh negara akan berlepas ke ke Tokyo, Jepun malam ini untuk menyertai program Pelancongan Antarabangsa Koperasi Sekolah (PAKS).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata melalui program pertama itu, ia akan dapat mempromosikan pakej pelancongan koperasi sekolah di Malaysia untuk menarik kedatangan pelajar atau pelawat dari Jepun untuk menjadi tamu kepada koperasi sekolah di negara ini.

"Mereka juga turut berpeluang melawat ke koperasi universiti di Jepun untuk saling bertukar pandangan mengenai koperasi sekolah masing-masing. Program ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kelab Antarabangsa Hiroshima Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan PAKS di sini hari Isnin.

Selain itu ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek pengurusan pelancongan dengan melaksanakan sendiri projek yang berorientasikan keusahawanan, katanya.

Beliau berkata sepanjang seminggu di negara itu, mereka akan ditempatkan di inap desa bersama keluarga angkat untuk mempelajari kebudayaan masyarakat Jepun di samping menyampaikan maklumat mengenai koperasi sekolah.

PAKS merupakan lanjutan daripada program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) yang berkonsepkan pelancongan daripada pelajar untuk pelajar, mula dilaksanakan di lebih 200 koperasi sekolah sejak tahun 2004.

Ia melibatkan konsep hos atau tamu itu dilaksanakan secara domestik dan sehingga kini berjaya melatih 11,845 pelajar sebagai hos dan 14,928 sebagai tamu.

Koperasi yang terlibat sebagai hos akan didedahkan dengan program seperti menyediakan kemudahan penginapan, pengangkutan, makanan dan rancangan perjalanan manakala yang menjadi tamu pula akan diajar mengenai aspek kebersihan, ketepatan masa dan kekemasan semasa berada di tempat hos.

-- BERNAMA