EBOOK PANDUAN TINGGAL BERSAMA KELUARGA ANGKAT DI JEPUN

EBook "Panduan Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Jepun" (Versi Baru dan Kemaskini) akan dilancarkan mulai 1 November, 2016 dengan harga promosi RM30.00 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan eBook dengan harga promosi, bolehlah menghubungi penulis di alamat email supce2001@yahoo.com atau sms ke 0164161121.

Tuesday, June 8, 2010

MEMILIH MAKANAN HALAL DI JEPUN



Pernahkan anda bertemu dengan istilah-istilah ini semasa membelek –belek kandungan dalam sesuatu produk makanan? Di sini disertakan sedikit ‘mame chishiki’ untuk kita lebih berhati-hati dalam memilih produk makanan.

Shortening adalah sejenis lemak pepejal yang dihasilkan dari lemak tumbuhan atau lemak haiwan.Ia yang berfungi untuk meranggupkan makanan dan juga untuk meningkatkan lagi kelazatan makanan; banyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam penyediaan makanan yang dibakar seperti roti ,kek dan biskut.Ia juga digunakan dalam pembuatan ice cream dan untuk tujuan penggorengan.

Margarine ialah sejenis bahan pemprosesan yang dihasilkan dari susu yang ditapai, garamdan pelbagai jenis vitamin yang ditambah kepada lemak yang telah ditapis yang kemudiannya diemulsi dan diuli bersama.Margerin dihasilkan dari lemak minyak yang bermutu tinggi sama ada dari tumbuhan ataupun haiwan.Antara jenis minyak tumbuhan yang biasa digunakan untuk menghasilkan margerin adalah minyak kacang soya, minyak biji sawi,minyak jagung ,minyak kelapa sawit, minyak kelapa,minyak bunga matahari dan sebagainya. Manakala jenis minyak haiwan yang banyak digunakan adalah minyak dari khinzir, lembu dan lain-lain.Perbezaan antara margerin dengan butter adalah bahan utama untuk menghasilkan butter adalah susu manakala bahan utama untuk menghasilkan margerin adalah lemak minyak sama ada dari sumber tumbuhan atau haiwan.


Emulsier atau ‘Nyuukazai’ adalah sejenis agen makanan yang berfungsi untuk melarutkan 2 bahan yang kebiasaannya tidak dapat bercampur seperti antara minyak dan air untuk membentuk keadaan yang seimbang apabila dicampurkan.Ia juga digunakan untuk memanjangkan tempoh hayat sesuatu bahan makanan.Dalam pemprosesan roti, emulsier yang digunakan akan menyimpan kelembapan dan memastikan kelembutan roti dapat bertahan lama.Ia dihasilkan sama ada dari sumber tumbuhan atau sumber haiwan.


Lemak Minyak Proses atau “Kakouyushi” dihasilkan dengan memproses minyak samaada dari lemak minyak tumbuhan ataupun lemak minyak haiwan atau campuran kedua-duanya dengan dipanaskan dengan suhu tinggi atau dengan penambahan air untuk menjadikan lemak minyak yang murah,tidak berbau dan kurang pengoksidaan.Lemak minyak proses banyak digunakan dalam pembuatan margerin, shortening ,mayonese dan dressing.

Dalam memilih produk makanan yang mengandungi bahan-bahan seperti yang dinyatakan ini, adalah dicadangkan memilih bahan-bahan yang tertera dibelakangnya (大豆由来) atau (植物性油脂).
Klik senarai dibawah untuk gambaran lebih jelas

No comments:

Post a Comment