EBOOK PANDUAN TINGGAL BERSAMA KELUARGA ANGKAT DI JEPUN

EBook "Panduan Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Jepun" (Versi Baru dan Kemaskini) akan dilancarkan mulai 1 November, 2016 dengan harga promosi RM30.00 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan eBook dengan harga promosi, bolehlah menghubungi penulis di alamat email supce2001@yahoo.com atau sms ke 0164161121.

Monday, May 10, 2010

PROGRAM HOMESTAY DI OYAMA CITY, TOKYO


Akhbar popular di Jepun iaitu Mainichi Shimbun dan Shimotsuke Shimbun telah membuat liputan Program Homestay yang dianjurkan oleh Pihak Kelab Antarabangsa Hiroshima dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada Tahun 2007 yang lalu.

Rombongan ini diketuai oleh 2 orang Koordinator yang berpengalaman luas didalam bidang "Homestay Programme" terutamanya di Jepun sejak tahun 1999.

Sepanjang tinggal bersama keluarga angkat di Oyama City, Tokyo, Jepun ini, pelbagai aturcara telah disusun dengan begitu rapi oleh pihak pengurusan dengan penglibatan sepenuhnya anggota keluarga Jepun dengan pihak peserta. Tinggal dengan keluarga angkat dan belajar mengenai budaya mereka adalah sesuatu yang amat menarik. Selain itu peserta dibawa oleh keluarga angkat menjalankan aktiviti harian mereka supaya peserta dapat mengalami pengalaman sebenar tinggal bersama keluarga angkat Jepun.

Lawatan ke Junior High School adalah acara yang paling menyeronokkan kerana terdapat pelbagai aktiviti persekolahan yang melibatkan peserta dengan penuntut Jepun. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ke sekolah berkenaan ialah Persembahan Tarian Tradisonal Malaysia, Belajar Bermain Koto iaitu sejenis alat muzik tradisional, Tea Ceremony, Belajar Memakai Kimono, origami dan mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah.


Peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 5 yang pernah mengikuti program seperti ini sejak tahun 1999 telah menunjukkan kecemerlangan didalam pelajaran dan berjaya menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan sektor swasta.

Program ini mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya kerana ianya telah menepati Dasar Kerajaan iaitu Dasar Pandang Ke Timur yang telah dilancarkan sejak 28 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment