EBOOK PANDUAN TINGGAL BERSAMA KELUARGA ANGKAT DI JEPUN

EBook "Panduan Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Jepun" (Versi Baru dan Kemaskini) akan dilancarkan mulai 1 November, 2016 dengan harga promosi RM30.00 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan eBook dengan harga promosi, bolehlah menghubungi penulis di alamat email supce2001@yahoo.com atau sms ke 0164161121.

Wednesday, May 12, 2010

GUNUNG FUJI (FUJI-SAN)


Gunung Fuji atau Fuji-san adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong. Gunung ini mempunyai ketinggian 3,776 meter dan berada di kawasan Chubu,Honshu, Jepun.

Jika ada ingin ke Gunung Fuji menaiki bas contohnya dari Stesen Shinjuku hingga ke Stesen Ke 5 Gunung Fuji Bahagian Yamanashi Prefecture, akan memakan masa 2 jam 30 minit.

Di Stesen Ke 5, terdapat banyak kedai cenderahati yang menarik dan restoran yang selesa. Di sinilah tempat yang sesuai untuk membeli ole-ole untuk orang yang tersayang.

Jika anda berpeluang ke Jepun, gunakan kesempatan atau kelapangan yang ada untuk menjejak kaki ke sana kerana pengalaman yang bakal anda alami merupakan satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Saya pernah sampai ke Stesen Ke 5 suatu masa dulu tetapi tak sempat menjejak kaki ke Stesen 6 dan berikutnya kerana kesuntukan masa.

No comments:

Post a Comment