Saya pernah membaca sebuah artikel yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari, 2004 mengenai seorang pelajar Malaysia yang telah mengikuti Program Homestay di Jepun. Azril Mohd Radzi, 18, adalah salah seorang pelajar yang telah dipilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa yang ditaja oleh Kelab Lion Tokoname, Jepun.
Beliau telah menggunakan sepenuhnya peluang tinggal bersama keluarga angkat untuk belajar budaya dan gaya hidup orang Jepun yang positif seperti menghormati orang tua, menjaga kebersihan, bertolak ansur, menepati masa dan berdisiplin. Beliau yang begitu seronok tinggal bersama keluarga Nakagawa telah berpeluang mengikuti persekolahan di Tokoname Seikai Junior High School. Katanya, semasa tinggal di rumah keluarga angkat, setiap hari, kamus adalah alat penting untuk berkomunikasi kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.
Seorang lagi pelajar, Ahmad Reza Abu Talib, 18, berkata, adat makan orang Jepun agak pelik. "Suatu hari apabila saya dihidangkan dengan sup ketam,saya mahu mengambil ketam itu untuk dimakan. Nenek angkat saya tidak benarkan kerana katanya ketam itu dimasak bukan untuk dimakan tetapi untuk diambil airnya bagi dijadikan sup" katanya.
Wednesday, May 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..di mana saya boleh register untuk program pertukaran pelajar ke Jepun ini??
ReplyDeleteMacam mana nak register program pertukaran ke jepun ni?
ReplyDeletebagaimana mahu mohon untuk pertukaran ini ye?
ReplyDeletemacam mana nak p apply?
ReplyDeleteSaya nak buat program anak-angkat di jepun. Mohon bantuan . Sila emel saya ke am_amalina95@rocketmail.com
ReplyDeleteSaya nak buat program anak-angkat di jepun. Mohon bantuan . Sila emel saya ke am_amalina95@rocketmail.com
ReplyDeleteAda lagi ke program anak angkat di jepun ni?
ReplyDeletemacam mana nak apply untuk progam nie?. Saya perlu masuk laman web apa untuk apply?.
ReplyDelete