Friday, July 9, 2010
RESTORAN HALAL SEKITAR NAGOYA, JEPUN
Ada beberapa Restoran yang Halal di Sekitar Nagoya. Anda boleh mencubanya.
1. Turkish Taste
Kedai kebab berdekatan Masjid Nagoya.
Menu popular : Doner kebab
Lokasi :
453-044 Nagoya-shi, Nakamura-ku,
Torii Dori, 2 chome 30 bachi
Directions:
Subway Higashiyama line, Honjin Station,
Exit 4, next to Mister Donuts
〒453-0044 名古屋市中村区鳥居通2丁目30番地1
Tel: 052-482-8999
Open 11:00AM~9:00PM
(closed on tuesdays)
2. Mawi Ay Oriental (Shiogamaguchi Eki-Tsurumai Line)
Address:
1F Shiogama Green Heights,
Nishi no Kawahara,
Tempaku cho,
Tempaku-ku,
Nagoya
468-0005
tel/fax: (052) 833 7799
3. Kashmir Kanayama (tak jauh dr Eki kanayama)
Confort Kanayama B1, 2-1-1 Kanayama, Naka-ku, Nagoya
(It's at the corner of Nagoya Shimin-kaikan-kita)
TEL/FAX: 052-339-5945
4. Kashmir Fujigaoka
GAZA Fujigaoka B1, 124-2, Akegaoka, Meito-ku, Nagoya
business hour: 11:00-15:00, 17:00-22:00 (L.O. 21:30) 3
open: 365 days
TEL: 052-773-8773
access: Get off at Fujigaoka sta. on the Higashiyama subway line.
A 2-min. walk
5. Taj Mahal (Dlm APITA di MInato)
タージマハール
名古屋市 港区 当知2-1501 ポートモールアピタ港店1F
TEL 052-384-3161
6. Gandara Restaurant (sebelah Masjid Nagoya sahaja)
愛知県名古屋市中村区松原町1-49
1-49 Matsubarachou、Nakamura-ku、Nagoya、Aichi
Tel. 052-483-4521
Tuesday, June 8, 2010
MEMILIH MAKANAN HALAL DI JEPUN
Pernahkan anda bertemu dengan istilah-istilah ini semasa membelek –belek kandungan dalam sesuatu produk makanan? Di sini disertakan sedikit ‘mame chishiki’ untuk kita lebih berhati-hati dalam memilih produk makanan.
Shortening adalah sejenis lemak pepejal yang dihasilkan dari lemak tumbuhan atau lemak haiwan.Ia yang berfungi untuk meranggupkan makanan dan juga untuk meningkatkan lagi kelazatan makanan; banyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam penyediaan makanan yang dibakar seperti roti ,kek dan biskut.Ia juga digunakan dalam pembuatan ice cream dan untuk tujuan penggorengan.
Margarine ialah sejenis bahan pemprosesan yang dihasilkan dari susu yang ditapai, garamdan pelbagai jenis vitamin yang ditambah kepada lemak yang telah ditapis yang kemudiannya diemulsi dan diuli bersama.Margerin dihasilkan dari lemak minyak yang bermutu tinggi sama ada dari tumbuhan ataupun haiwan.Antara jenis minyak tumbuhan yang biasa digunakan untuk menghasilkan margerin adalah minyak kacang soya, minyak biji sawi,minyak jagung ,minyak kelapa sawit, minyak kelapa,minyak bunga matahari dan sebagainya. Manakala jenis minyak haiwan yang banyak digunakan adalah minyak dari khinzir, lembu dan lain-lain.Perbezaan antara margerin dengan butter adalah bahan utama untuk menghasilkan butter adalah susu manakala bahan utama untuk menghasilkan margerin adalah lemak minyak sama ada dari sumber tumbuhan atau haiwan.
Emulsier atau ‘Nyuukazai’ adalah sejenis agen makanan yang berfungsi untuk melarutkan 2 bahan yang kebiasaannya tidak dapat bercampur seperti antara minyak dan air untuk membentuk keadaan yang seimbang apabila dicampurkan.Ia juga digunakan untuk memanjangkan tempoh hayat sesuatu bahan makanan.Dalam pemprosesan roti, emulsier yang digunakan akan menyimpan kelembapan dan memastikan kelembutan roti dapat bertahan lama.Ia dihasilkan sama ada dari sumber tumbuhan atau sumber haiwan.
Lemak Minyak Proses atau “Kakouyushi” dihasilkan dengan memproses minyak samaada dari lemak minyak tumbuhan ataupun lemak minyak haiwan atau campuran kedua-duanya dengan dipanaskan dengan suhu tinggi atau dengan penambahan air untuk menjadikan lemak minyak yang murah,tidak berbau dan kurang pengoksidaan.Lemak minyak proses banyak digunakan dalam pembuatan margerin, shortening ,mayonese dan dressing.
Dalam memilih produk makanan yang mengandungi bahan-bahan seperti yang dinyatakan ini, adalah dicadangkan memilih bahan-bahan yang tertera dibelakangnya (大豆由来) atau (植物性油脂).
Monday, June 7, 2010
KEDATANGAN ISLAM KE JEPUN
Saya amat tertarik dengan catatan Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam) didalam blognya yang memetik artikel daripada sebuah buku bertajuk Modernist Islam, 1840 - 1940 : A Source book oleh Charles Kurzman.
Memandangkan artikel ini dibenarkan disalin semula oleh penulisnya, dibawah ini dipetik semula artikel berkenaan untuk tatapan pembaca:
Lebih 100 tahun yang lalu, tatkala Jepun diperintah di bawah kepimpinan Maharaja Mutsuhito Meiji (1867 – 1912), beliau pernah menghantar surat kepada ‘khalifah terakhir umat Islam’, Sultan Othmaniyyah iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909) di Istanbul. Surat itu merupakan perutusan dari seorang Maharaja ‘Timur’ kepada seorang Maharaja ‘Timur’ yang lain, menyatakan keinginan Maharaja Mutsuhito untuk mengangkat persamaan ketimuran itu ke tahap yang lebih tinggi.
Maharaja Meiji
“Kita berdua adalah Maharaja Timur, dan sudah tentu menjadi tuntutan keperluan sesama kita dan rakyat kita, untuk bersahabat dan saling berhubung, sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Barat sesama mereka, tatkala Barat itu juga melihat kita sebagai ’satu’ iaitu ‘orang Timur’. Beta melihat orang Barat menghantar misionari mereka ke negara ini untuk menyebarkan agama mereka kerana kebebasan beragama yang ada di sini…
Beta melihat tuan tidak melakukan perkara yang sama. Beta mahu tuan menghantar pendakwah-pendakwah ke negeri ini untuk mengajar dan menyebarkan agama tuan, yang boleh menjadi asas ikatan moral antara kita!”, titah Maharaja Mutsuhito Meiji di dalam perutusannya kepada Sultan Abdul Hamid II di ibu kota Ummah, Istanbul.
Surat Maharaja Meiji itu sangat menarik perhatian Sultan Abdul Hamid II. Di Istana Yildiz, sebuah komiti telah ditubuhkan untuk mengkaji akan hal ini. Komiti itu dibentuk bersama Sheikh al-Islam dan Menteri Pendidikan, kedua-duanya sangat mengambil berat akan pelawaan luar biasa ini. Ketika itu, kedua orang penting Istana ini telah berpakat bersama Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, reformis Muslim terkemuka di zaman itu yang bermastautin di Istanbul, untuk menyediakan perancangan berkaitan hal ini. Mereka pergi mengadap Sultan dan diskusi bermula.
“Kami mencadangkan agar sebuah rombongan deligasi dibentuk dari kalangan ilmuan Madrasah Istanbul untuk dihantar ke Jepun”, kata Sheikh al-Islam dan Menteri Pendidikan.
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani hanya mendiamkan diri.
Sultan Abdul Hamid II merenung ke arahnya dan meminta pandangan al-Afghani.
“Tuanku, ilmuan-ilmuan yang dicadangkan itu telah menjauhkan Muslim dari Islam, bagaimanakah mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk mengajak masyarakat Jepun kepada agama kita? Saya berpendapat, adalah penting untuk kita mengkaderkan golongan bijak pandai, memberikan mereka pendidikan khas untuk melayakkan diri mereka memikul tugas ini mengikut keadaan semasa”, tegas Sayyid Jamal al-Din al-Afghani.
Sultan terdiam.
“Buat masa ini, cukuplah dihantar surat perutusan bersama hadiah-hadiah yang sesuai untuk memaklumkan kepada Maharaja Meiji bahawa jemputannya sudah diterima dan diberikan perhatian yang serius. Nyatakan yang tuanku akan menunaikan jemputan itu dengan sebaik mungkin”, simpul Sayyid Jamal al-Din al-Afghani kepada Sultan Abdul Hamid II.
Cadangan itu diterima.
Perutusan dihantar, namun agenda pendidikan khas untuk pendakwah Islam ke Jepun itu tidak terlaksana. Jemputan itu ditelan masa dan hilang dari ingatan…
Sultan Abdul Hamid II menggerakkan Agenda Pan Islamisma beliau dengan begitu agresif. Sayyid Jamal al-Din al-Afghani yang sering berkonflik bersama beliau, adalah ideologue yang tidak boleh dikesampingkan. Pan Islamisma adalah ibarat Islam sebagai ideologi politik, bertujuan membina ikatan emosi dan rasa antara umat Islam seantero dunia, agar bersatu padu mendepani imperialisma Barat yang semakin dominan.
Perutusan Pan Islamisma dihantar ke seluruh dunia.
PELAYARAN ERTUGRUL
607 anak kapal bersama 57 pegawai telah memulakan pelayaran jauh menuju Jepun pada 14 Julai 1889, bersama Kapten Ali Bey sebagai ketuanya. Perjalanan membelah lautan itu sungguh dramatik. Persinggahannya ke India, dan Semenanjung Tanah Melayu sarat dengan pelbagai catatan yang berharga. Masakan tidak, kapal utusan khalifah bangsa Islam itu belayar dengan misi besar, mengajak kaum Muslimin bersatu dari Istanbul ke hujung terbitnya mentari harapan.
Selepas 11 bulan belayar, Ertugrul tiba di Yokohama pada 7 Jun 1890.
Krew kapal Ertugrul disambut meriah
Rombongan yang dipimpin oleh Kapten Ali Bey itu disambut meriah oleh Maharaja Meiji dan penduduk Jepun. Mereka saling bertukar hadiah dan meriam ditembak ke udara sebagai mengalu-alukan ketibaan rombongan yang dinanti-nanti ini. Masyarakat Jepun keluar beramai-ramai berpesta dan berebut-rebut melihat bendera dan kapal Othmaniyyah.
Selama beberapa hari, pelbagai majlis diadakan. Ketibaan kaum Muslimin Othmaniyyah itu amat dialu-alukan.
TRAGEDI
Kapal Ertugrul sebelum pelayaran akhirnya pada tahun 1890
“Tangguhkan sebentar. Ini musim taufan!”, pesan watan kepada tetamu.
Namun Ertugrul tidak bertangguh. 15 September 1890, Ertugrul berlayar meninggalkan Yokohama.
Hari pertama cerah menyinar. Kapal itu ceria dengan 1001 berita yang ingin disampaikan kepada Sultan di Istanbul. Namun segala-galanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila taufan 16 September datang seperti yang dipesan. Ertugrul terperangkap di dalam bencana.
Sehingga lewat malam, kapal dan kira-kira 600 anak buahnya dalam keadaan genting. Pelbagai kerosakan berlaku dan tatkala pekat malam mengundang pagi, Ertugrul terhempas berkecai merempuh terumbu di Pulau Oshima, tidak jauh dari pantai Wakayama yang berbatu.
Dalam jerit pekik warga utusan khalifah, Ertugrul tenggelam ditelan ombak. Lebih 500 anak kapal terbunuh. Maharaja Meiji menyambut berita itu dengan kesedihan.
Tugu peringatan Tragedi Kapal Ertugrul di Pulau Oshima hari ini
Terasa basah air mata saya mengenangkan kemalangan itu. Ia bukan sekadar kemalangan yang menenggelamkan kapal utusan Khalifah, ia juga menenggelamkan harapan ramai umat Islam di Kepulauan Melayu yang turut sama mengirimkan mesej ke kapal Ertugrul agar Khalifah mengusahakan bantuan membebaskan tanah air kita dari penjajahan Britain dan Belanda.
Bukan itu sahaja, ia turut sama menjadi siri bencana yang akhirnya menyaksikan tenggelamnya legasi Ummah apabila Sultan Abdul Hamid II sendiri digulingkan oleh Parti Ittihad ve Terakki pada 1909 dan Khilafah Othmaniyyah dengan rasminya dikebumikan pada tahun 1924… tiada lagi Islam dan Ummah sebagai satu. Turki menjadi Turki, Jepun sebagai Jepun, Tanah Melayu bergelar Malaysia, dan semangat persaudaraan Islam hilang ditelan masa.
Maharaja Meiji telah menjemput Islam dan Muslim… seakan semangat penduduk Madinah yang membuka ruang baru selepas kesempitan Mekah yang menekan dakwah.
Namun kelemahan umat, menjadikan jemputan itu tidak terisi. Biar pun Muslim sudah sekian lama bertapak di Bumi Sakura, namun peranan mereka masih berada di dalam tandatanya. Saya teringat kepada komentar Sayyid Jamal al-Din al-Afghani:
“Tuanku, ilmuan-ilmuan yang dicadangkan itu telah menjauhkan Muslim dari Islam, bagaimanakah mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk mengajak masyarakat Jepun kepada agama kita? Saya berpendapat, adalah penting untuk kita mengkaderkan golongan bijak pandai, memberikan mereka pendidikan khas untuk melayakkan diri mereka memikul tugas ini mengikut keadaan semasa”
Tersebarkah Islam, jika Muslim yang bertindak melumpuhkannya?
Sesungguhnya telah ada sekumpulan bijak pandai yang dihantar dari watanku Malaysia ke bumi Jepun. Apa yang diperlukan adalah untuk mereka itu diberikan sentuhan khas bagi melayakkan diri memikul tugas yang besar dan mulia ini.

Saturday, June 5, 2010
NAGOYA TOURIST INFORMATION
Nagoya Castle
Shiyakusho Stn, Meijo line
5 min. from Shiyakusho subway station.
Originally built in 1612 by the legendary Tokugawa Ieyasu, Nagoya Castle's main tower was destroyed by bombs during World War II. The current building is a concrete replica dating from 1959, but other structures such as the three donjons gate, the stone fortress, the tea house and the garden are original. Now used as a museum, the castle contains various paintings and artifacts from the Edo period. The twin 88 kg gold 'shachi' [killer whales] adorning the roof have become the symbol of the city. Currently, a citizen's group is raising money to rebuild the 'goten', the prefectural lord's residence. When completed, it will house more than 1,000 screens representative of the Edo period. Meijo Park, which surrounds the castle, is famous for its over 1,600 cherry trees. The Nagoya Noh Theater opened in April 1997 and is located in the front court of Nagoya Castle. This 630-seat traditional-style theater hosts regular performances of the ancient Noh form of Japanese theater.
Admission ¥500
9:00-16:30
[052] 231-1700
Nagoya Aquarium
Nagoyako Stn, Meijo line
7 min. from Nagoyako subway station, exit 3.
The three-story Nagoya Port Aquarium is one of the largest in Japan. This facility focuses on five different aquatic regions of the world, including Japan, Australia and the Antarctic Ocean. There are spectacular performances held every day [weather permitting], featuring trained dolphins.
Admission ¥2000
9:30-17:30 [until 20:00 during summer holidays], last entry 1 hour before close. Closed Mon [Tue if Mon is a nat. hol.].
www.nagoyaaqua.jp
[052] 654-7080
Noritake Garden
Kamejima Stn, Higashiyama line
5 min. from Kamejima subway station.
This expansive property features a variety of exhibits and tours related to the Noritake Company and its ceramic products, including its world famous china tableware. The museum focuses on the history of Noritake and has demonstrations on how unglazed pottery is shaped and how china is painted. There are also hands-on classes, which teach visitors about pottery crafts [for a fee]. The complex includes a spacious garden and restaurants, making for an enjoyable morning or afternoon excursion for adults and children alike.
3-1-36 Noritake-shinmachi, Nishi-ku
Craft Center: 10:00-17:00 Tue-Sun [last admission at 16:00].
Buildings: 10:00-18:00 Tue-Sun [garden from 9:00].
Closed Mon [Tue if Mon is a Nat. Hol.]
www.noritake-elec.com/garden/
[052] 561-7290
Misonoza Kabuki Theater
Fushimi Stn, Higashiyama/Tsurumai lines
Located directly south of Fushimi subway station exit 6.
Since its establishment in 1896, the Misonoza Kabuki Theater has been the most important stage for both traditional and modern styles of Japanese drama in Nagoya. This historical theater is the main showcase for Kabuki in the city, and stages Grand Kabuki performances featuring Japan's greatest actors in April and October each year.
[052] 222-1481
Meiji Mura
Inuyama Stn, Meitetsu line
A bus service to Meiji Mura runs from outside Inuyama station
Japan slurped up Western influences like a dry sponge during the Meiji era (1868-1912), but few examples remain of the European-inspired architecture that sprang up in this period. Of those that did survive, most of them ended up here. The expansive grounds of Meiji Mura are home to over 60 late-19th and early-20th century buildings, including sections of Frank Lloyd Wright's famous Imperial Hotel, Tokyo.
Admission ¥1600. Vintage vehicles inside park cost extra
9:30-17:00 Daily [until 16:00 Nov-Feb]
www.meijimura.com
[0568] 67-0314
Nagashima Resort
Nagashima Onsen bus stop
Take the Meitetsu bus from Meitetsu bus station [Nagoya station] or Oasis 21 [Sakae]
Nagoya's local pleasure park has got it all: roller coasters, water slides, high-end shopping and a huge onsen complex. Sadly, the star attraction - the enormous Steel Dragon 2000 coaster - was put on indefinite hold after an accident in 2003, though speed freaks can still get a fix from the all-wooden White Cyclone, among others. Afterwards, head to Nagashima Onsen for a relaxing soak.
Nagashima Spaland: opening times vary, generally 9:00-17:00, ¥1600 admission [¥1000 after 15:00], ¥4100 for admission + unlimited rides [¥2500 after 15:00]
Joyful Waterpark: opening times vary, generally 9:30-16:30, Jul 8th - Sep 18th only, ¥3000 admission
Combined Pass (includes unlimited rides): ¥5300
Nagashima Onsen: opening times vary, generally 9:00-21:00, ¥2100 admission [¥1500 after 15:00], ¥500 for Nagashima Spaland + Joyful Waterpark ticket holders
www.nagashima-onsen.co.jp
[0594] 45-1111
Museums
Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology
Kamejima Stn, Higashiyama line
Sako Stn, Meitetsu line
3 min. from Sako station.
10 min. from Kamejima subway station.
Established jointly by thirteen companies in the Toyota Group, this museum occupies the factory site that was their birthplace: an old building at the Toyoda Spinning & Weaving Co. Ltd. A variety of machinery, used in everything from textile manufacture to automobile production, is on show. There are also demonstrations of actual equipment, a video library, a museum shop and a restaurant. The museum's latest addition is a reproduction of the first Toyota automobile production plant.
Admission ¥500
9:30-16:30 [last admission] Tue-Sun. Closed Mon [Tue if Mon is a Nat. Hol.]
www.tcmit.org
[052] 551-6115
Tokugawa Museum
Ozone Stn, JR/Meijo lines
Take the City Key Route Bus #2 from Nagoya station or Sakae station to Shindeki Bus Stop.
Undoubtedly the most culturally significant landmark in Nagoya, the Tokugawa Art Museum was built in 1935 by the Owari Tokugawa Reimei Foundation. The extensive collection includes more than 10,000 artifacts and works of art from the inheritance of the famous Tokugawa clan, who ruled Japan during the Edo period [1602 to 1867]. There are enough swords, battle armor, Noh costumes and tea ceremony accoutrements to satisfy the most diehard Japanophile. Extensions and renovations to the museum in 1987 included the addition of a tea house and full scale Noh stage. The 12th century illustrated scroll of the Tale of Genji, a designated National Treasure, is the star attraction, though it seldom goes on public display.
Admission ¥1200
10:00-17:00 [last admission 16:30] Tue-Sun. Closed Mon [Tue if Mon is a Nat. Hol.]
www.tokugawa-art-museum.jp
[052] 935-6262
Toyota Automobile Museum
Geidai-dori Stn, Linimo line
Take the Higashiyama subway line to Fujigaoka station, transfer to the Tobu-Kyuro Linimo line. Get off at Geidai-dori station.
Nagoya is well known for its connection to the Toyota Motor Company, and there is no better way to learn about the history of the motor car than by visiting this unparalleled collection of classic cars. The Toyota Automobile Museum exhibits one hundred years of automobile development from the late 19th century, when the gasoline automobile was invented. The collection showcases everything from the first car imported to Japan in 1899 to modern luxury cars.
Admission ¥1,000
9:30-17:00 Tue-Sun. Last admission at 16:30. Closed Mon [Tue if Mon is a Nat. Hol.]
www.toyota.co.jp/Museum/
[0561] 63-5151
Aichi Arts Center
Sakae Stn, Higashiyama/Meijo lines
Located in Sakae next to the NHK building.
The Aichi Arts Center houses the Aichi Prefectural Museum of Art, as well as theaters and a large concert hall. It is graced by many touring art exhibitions, musical performances and operas.
Aichi Arts Center: 9:00-22:00 Daily. Closed 1st and 3rd Mon [Tue if Mon is a Nat. Hol.]
Aichi Prefectural Museum of Art: 10:00-18:00 Tue-Sun [till 20:00 on Fri]. Last admission 30 mins before close. Closed Mon [Tue if Mon is a Nat. Hol.]
www.aac.pref.aichi.jp
[052] 971-5511
Nagoya/Boston Museum of Fine Arts
Kanayama Stn, JR/Meijo/Meitetsu lines
West exit of Kanayama station
Through its partnership with the Boston Museum of Fine Arts, the Nagoya Boston Museum of Fine Arts exhibits selections of world class art, including great masterpieces that have rarely been seen in Japan. Drawing from over 500,000 works, the museum presents several exhibitions in a thematic perspective that allows visitors to contemplate the relationships between various works and artists.
Admission ¥1,200
10:00-19:00 Tue-Fri, 10:00-17:00 Sat, Sun, Nat. Hol. Last admission 30 mins before close. Closed Mon [Tue if Mon is a Nat. Hol.].
www.nagoya-boston.or.jp
[052] 684-0101
Nagoya City Art Museum
Fushimi Stn, Higashiyama/Tsurumai lines
Located in Shirakawa Park
The Nagoya City Art Museum collection was begun in 1983 and focuses on the works of internationally recognized artists from the Ise Bay area, such as Tamiji Kitagawa, Setsuko Migishi, Shusaku Arakawa and Tadaaki Kuwayama. The impact of the Ecole de Paris and the Mexican Renaissance on Japanese artists is represented in works by Modigliani, Chagall, Tsuguharu Fujita, Jose Clemente Orozco, Diego Rivera, Rufino Tamayo and Frida Kahlo.
9:30-17:00 Tue-Sun [till 20:00 on Fri, unless Nat. Hol.]. Last admission 30 mins before close. Closed Mon [Tue if Mon is a Nat. Hol.].
www.art-museum.city.nagoya.jp
[052] 212-0001
Nagoya City Museum
Sakurayama Stn, Sakura-dori line
Walk 3 minutes south from Sakurayama subway station, exit 4.
The Nagoya City Museum's permanent collection features art and artifacts of the Owari region [the old name for western Aichi]. Part history museum, part ethnography museum, this is a superb collection of artifacts from a bygone era.
Admission ¥300 for permanent facilities, additional fee for special exhibitions.
9:30-17:00 [last admission 16:30] Tue-Sun. Closed Mon [Tue if Mon is a Nat. hol.] and 4th Tue of the month.
www.museum.city.nagoya.jp
[052] 853-2655
Robot Museum
Sakae Stn, Higashiyama/Meijo lines
The latest attraction to hit Nagoya, the Robot Museum is very nerd's (and everyone's inner nerd's) dream come true. The first museum of its kind in Japan, everything for the techno-buff is here, from Astro Boy to Gundam and every-bot in between. Take a walk through the history of the robot in popular culture, and the robotics of today and the future. Don't expect to leave without buying at least one useless but oh-so-cool gadget from the store downstairs.
Admission ¥1300 [adults], ¥1000 [university/high school/junior high], ¥700 [elementary school]. 11:00-19:00 Mon-Fri, 10:00-20:00 Sat/Sun/Nat. Hols. Closed 3rd Wed of every month.
www.robot-museum.net
0120-156-610
Tuesday, May 25, 2010
PERIHAL KEDUDUKAN ISLAM DI JEPUN
(Gambar Sebelah : MASJID KOBE)
Ini adalah petikan Artikel Utusan Online bertarikh 25 Mei, 2008 yang ditulis oleh Tan Sri Mazlan Nordin, ISIS Malaysia. Selamat Membaca.
SENASKAH Quran yang mengandungi tafsir dalam bahasa Jepun disampaikan kepada tukang catat ini beberapa waktu lalu. Tebalnya 808 muka, bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nass.
Ia seperti tafsir bahasa Inggeris terbitan kompleks percetakan Al-Malik Fahd di Arab Saudi dan tafsir bahasa Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali serta tafsiran bahasa Melayu melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Jelas bahawa para pemimpin golongan minoriti Islam di negara Jepun tidak ketinggalan dalam segala usaha untuk menegakkan syiar Islam. Hal ini dijelaskan lagi dalam rencana-rencana khas terbitan majalah Amerika, Asia Policy, isu bulan Januari 2008.
Makalah pertama berjudul Islam in Japan: A cause for concern? Yang kedua bertajuk Islam in the Japanese Context dan yang ketiga bertajuk Muslims in Contemporary Japan.
Antara penulis ialah Michael Penn, pengarah eksekutif Institut Shingetsu Pengkajian Hubungan Jepun-Islam. Esei beliau mengkaji sikap warga Jepun terhadap orang-orang Islam yang bermastautin di negeri Jepun dan pelbagai kesannya kepada dasar Amerika serta lain-lain hal. Beliau menyatakan antara lain, beberapa pendapatnya:
* Orang Islam di Jepun menghadapi banyak cabaran dalam masyarakat Jepun akibat imej negatif mengenai Islam yang timbul, terutama laporan-laporan media massa.
* Walaupun menghadapi cabaran demi cabaran namun, masyarakat Islam di Jepun tidak begitu kecewa terhadap warga Jepun.
* Kerajaan Jepun dan masyarakatnya tidak mungkin mengambil sebarang tindakan yang dramatik terhadap golongan minoriti Islam. Ini kerana warga Islam di Jepun tidak begitu ramai dan tidak punyai pengaruh politik.
Menurut Penn selanjutnya seramai kira-kira 14 juta orang Jepun beragama Kristian, iaitu sejak tahun 1549. Anggaran bilangan orang Jepun sendiri yang beragama Islam kira-kira 6,000 orang.
Menurut Penn lagi, di kalangan para pelajar Jepun peringkat sekolah menengah, seramai 75 peratus berpendapat Islam agama yang agresif, 70 peratus berpendapat Islam kurang memberi kebebasan dan 53 peratus mengaitkan Islam dengan negara-negara kurang maju.
Lalu disebut kenyataan Takuo Amir Arai, wakil Persatuan Islam Jepun: “Dalam dunia Islam dewasa ini wujud keadaan seperti peperangan, keganasan, kemiskinan dan kacau-bilau. Inilah yang ditayang oleh televisyen dan oleh itu ramai orang Jepun bersikap negatif terhadap Islam.
Antara cabaran-cabaran utama orang Islam di Jepun ialah mendapatkan makanan halal. Suatu lagi cabaran ialah betapa mahu menunaikan sembahyang lima kali sehari. Satu contoh ialah laporan dalam akhbar Daily Yomiuri mengenai seorang wanita Indonesia berumur 20 tahun yang bekerja di sebuah kilang jahitan dipaksa menandatangani surat berjanji tidak akan bersolat di kilang dan berpuasa pada bulan Ramadan. Namun, orang-orang Islam tidak menyalahkan warga Jepun kerana pelbagai prasangka dan dasar. Ini kerana mereka sebenarnya jahil mengenai Islam atau adat-adat warga asing.
Suatu lagi makalah menyebut mengenai bilangan ramai orang Islam di Jepun ialah lelaki bujang berumur 20 hingga 40 tahun, terutama dari Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Iran. Mereka datang untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja.
Makalah ketiga ditulis oleh Profesor wanita Keiko Sakurai dari Universiti Wasede. Menurutnya bilangan orang Jepun yang memeluk agama Islam telah meningkat secara beransur-ansur walaupun tiada statistik jelas diperoleh.
Mereka terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, lelaki yang mengenali budaya Islam setelah mengkaji agama Islam atau dunia Arab, iaitu semasa merantau, belajar atau bekerja di negaranegara Islam.
Kedua, wanita-wanita Jepun yang berkahwin dengan orang Islam dari negara-negara lain. Kumpulan ini berupa majoriti wanita Islam di negeri Jepun. Profesor Sakurai memberi dua pendapat:
l Orang-orang Islam asing kira-kira 80 hingga 90 peratus penduduk Islam di Jepun. Mereka datang pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-an kerana keperluan-keperluan ekonomi. Ramai datang melalui visa waktu singkat dan bekerja secara haram serta mengahwini wanita tempatan.
l Bilangan orang Islam bukan Jepun kira-kira 60,000 hingga 70,000, majoritinya lelaki. Paling ramai ialah orang Indonesia dan diikuti oleh orang Pakistan, Bangladesh dan Iran.
Pada tahun 2004 terdapat 23,890 orang Indonesia, Pakistan (8,610), Bangladesh (10,724) dan Iran (5,403). Majoriti warga Malaysia di Jepun ialah etnik Cina dan bukan Islam.
Profesor Sakurai juga membuat laporan mengenai peranan pelbagai masjid di Jepun, iaitu bukan untuk menunaikan solat sahaja tetapi juga menjadi tempat berkumpul dan bertukar maklumat. Beberapa masjid juga menerima derma dari pertubuhan-pertubuhan dan orang-
orang perseorangan.
Dalam bulan Ramadan pula ramai keluarga Islam datang untuk berbuka puasa, mengadakan kenduri dan selanjutnya menyambut Hari Raya. Oleh kerana harga tanah dan binaan begitu mahal, bangunan-bangunan atau kilang-kilang serta rumah-rumah diubah suai menjadi masjid.
Menjelang tahun 2003 sebanyak 38 masjid telah didirikan dipelbagai wilayah. Masjid baru pertama dibina oleh para pendatang Islam pada tahun 1992. Sebuah lagi diadakan di kawasan kilang manakala pendatang Islam mengambil sebuah bangunan dua tingkat menjadi masjid.
Pada tahun 2000, menurut laporan Profesor Sakurai lagi, Masjid Tokyo dibina semula atas inisiatif jabatan agama kerajaan Turki. Lain-lain masjid kemudian menjadi masjid Jamek untuk sembahyang Jumaat dan lain-lain majlis agama.
Beliau membuat kesimpulan bahawa majoriti orang Islam di negeri Jepun ialah orang asing di Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Iran, iaitu yang dulu datang mencari kerja. Ramai antara mereka kemudian mengahwini wanita-wanita tempatan.
Walhal dari warga Jepun yang Islam sendirilah terbitnya Quran dengan tafsir dalam bahasa Jepun (808 muka). Peranan mereka dalam pelbagai usaha untuk meningkatkan syiar Islam tidak begitu mendapat perhatian sewajarnya dari majalah Amerika. Kenapa kenyataan Takuo Amir Arai dari Persatuan Islam Jepun hanya sebaris saja?
Penulis ialah konsultan kanan ISIS Malaysia. Pandangan penulis adalah pendapat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan ISIS.
Wednesday, May 12, 2010
GUNUNG FUJI (FUJI-SAN)
Gunung Fuji atau Fuji-san adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong. Gunung ini mempunyai ketinggian 3,776 meter dan berada di kawasan Chubu,Honshu, Jepun.
Jika ada ingin ke Gunung Fuji menaiki bas contohnya dari Stesen Shinjuku hingga ke Stesen Ke 5 Gunung Fuji Bahagian Yamanashi Prefecture, akan memakan masa 2 jam 30 minit.
Di Stesen Ke 5, terdapat banyak kedai cenderahati yang menarik dan restoran yang selesa. Di sinilah tempat yang sesuai untuk membeli ole-ole untuk orang yang tersayang.
Jika anda berpeluang ke Jepun, gunakan kesempatan atau kelapangan yang ada untuk menjejak kaki ke sana kerana pengalaman yang bakal anda alami merupakan satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Saya pernah sampai ke Stesen Ke 5 suatu masa dulu tetapi tak sempat menjejak kaki ke Stesen 6 dan berikutnya kerana kesuntukan masa.
PERTUKARAN PELAJAR
Saya pernah membaca sebuah artikel yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari, 2004 mengenai seorang pelajar Malaysia yang telah mengikuti Program Homestay di Jepun. Azril Mohd Radzi, 18, adalah salah seorang pelajar yang telah dipilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa yang ditaja oleh Kelab Lion Tokoname, Jepun.
Beliau telah menggunakan sepenuhnya peluang tinggal bersama keluarga angkat untuk belajar budaya dan gaya hidup orang Jepun yang positif seperti menghormati orang tua, menjaga kebersihan, bertolak ansur, menepati masa dan berdisiplin. Beliau yang begitu seronok tinggal bersama keluarga Nakagawa telah berpeluang mengikuti persekolahan di Tokoname Seikai Junior High School. Katanya, semasa tinggal di rumah keluarga angkat, setiap hari, kamus adalah alat penting untuk berkomunikasi kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.
Seorang lagi pelajar, Ahmad Reza Abu Talib, 18, berkata, adat makan orang Jepun agak pelik. "Suatu hari apabila saya dihidangkan dengan sup ketam,saya mahu mengambil ketam itu untuk dimakan. Nenek angkat saya tidak benarkan kerana katanya ketam itu dimasak bukan untuk dimakan tetapi untuk diambil airnya bagi dijadikan sup" katanya.

Tuesday, May 11, 2010
PENGALAMAN HOMESTAY 19 TAHUN YANG LALU
Saya tidak pernah melupakan pengalaman kali pertama tinggal bersama keluarga angkat Jepun di Sebuah Kepulauan Kyushu Selatan Jepun iaitu di Nishisonogi Gun, Nagasaki pada 20 Oktober, 1991. Program Homestay ini ditaja oleh JICA (Japan International Cooperation Agency) dengan kerjasama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kerajaan Malaysia iaitu sebuah program yang terhasil dari Dasar Pandang Ke Timur.
Walaupun saya dibekalkan dengan sedikit ilmu mengenai Bahasa Jepun dan persediaan Homestay selama 4 hari Wisma Belia, Kuala Lumpur, ternyata ianya SANGAT BERGUNA bagi menghadapi saat-saat gementar untuk tinggal seorang diri bersama keluarga Jepun yang memangnya terlalu asing bagi saya.
Sebelum melangkah masuk ke dalam keluarga baru ini, saya telah meneliti semula Panduan Homestay yang dibekalkan oleh pihak JPA dan berdoa agar saya tidak ditimpa kesusahan sepanjang bersama mereka kelak.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Bahkan pada hari perpisahan, apabila Lagu “Kyo no hi wa, sayonara” dimainkan maka berlinanglah air mata diantara keluarga baru dengan anak angkatnya itu. Kesedihan yang tidak dapat digambarkan dan yang tidak dapat diluahkan.
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan salah seorang pelajar saya yang pernah mengikuti Program Homestay di Oyama City pada tahun 1999 iaitu Cik Wan Shahira Ellani, katanya “Walaupun kamus percakapan saya hilang, namun ia tidak menghalang saya bergaul dengan keluarga angkat dengan penuh mesra. Kami bercakap tentang keluarga dan adat masing-masing. Di hari perpisahan, saya merasa amat terharu. Saya menangis kesedihan dalam keadaan cuaca yang terlalu sejuk”.
Kenangan Homestay tidak habis begitu saja. Kini telah ada kesinambungan hasil kerjasama pihak kerajaan dan NGO merealisasikan lagi Dasar Pandang Ke Timur. Saya telah lama bersedia untuk menaburkan bakti kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin mencari ilmu dan menimba pengalaman di Negara Matahari Terbit ini.

Monday, May 10, 2010
PROGRAM HOMESTAY DI OYAMA CITY, TOKYO
Akhbar popular di Jepun iaitu Mainichi Shimbun dan Shimotsuke Shimbun telah membuat liputan Program Homestay yang dianjurkan oleh Pihak Kelab Antarabangsa Hiroshima dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada Tahun 2007 yang lalu.
Rombongan ini diketuai oleh 2 orang Koordinator yang berpengalaman luas didalam bidang "Homestay Programme" terutamanya di Jepun sejak tahun 1999.
Sepanjang tinggal bersama keluarga angkat di Oyama City, Tokyo, Jepun ini, pelbagai aturcara telah disusun dengan begitu rapi oleh pihak pengurusan dengan penglibatan sepenuhnya anggota keluarga Jepun dengan pihak peserta. Tinggal dengan keluarga angkat dan belajar mengenai budaya mereka adalah sesuatu yang amat menarik. Selain itu peserta dibawa oleh keluarga angkat menjalankan aktiviti harian mereka supaya peserta dapat mengalami pengalaman sebenar tinggal bersama keluarga angkat Jepun.
Lawatan ke Junior High School adalah acara yang paling menyeronokkan kerana terdapat pelbagai aktiviti persekolahan yang melibatkan peserta dengan penuntut Jepun. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ke sekolah berkenaan ialah Persembahan Tarian Tradisonal Malaysia, Belajar Bermain Koto iaitu sejenis alat muzik tradisional, Tea Ceremony, Belajar Memakai Kimono, origami dan mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah.
Peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 5 yang pernah mengikuti program seperti ini sejak tahun 1999 telah menunjukkan kecemerlangan didalam pelajaran dan berjaya menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan sektor swasta.
Program ini mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya kerana ianya telah menepati Dasar Kerajaan iaitu Dasar Pandang Ke Timur yang telah dilancarkan sejak 28 tahun yang lalu.
DASAR PANDANG KE TIMUR
LATAR BELAKANG
-DIUMUM OLEH MANTAN PM TUN DR MAHATHIR PADA 8 FEBRUARI 1982 SEMASA PERSIDANGAN "5THJOINT ANNUAL CONFERENCE OF MEJECA/JAMECA DI HOTEL HILTON KUALA LUMPUR.
-MALAYSIA MEMPUNYAI KEBOLEHAN ASAS UNTUK MENJADI NEGARA PERINDUSTRIAN DI ASIA SELEPAS JEPUN DAN KOREA. MALAYSIA PERLU MENGALIH PANDANGAN KEPADA NEGARA TIMUR SEPERTI JEPUN, KOREA DAN TAIWAN.
-NEGARA BARAT HILANG KEUPAYAAN DALAM EKONOMI, MEMENTINGKAN KESELESAAN HIDUP DAN TIDAK LAGI MEMENTINGKAN KESANGGUPAN DAN KEUPAYAAN BEKERJA.
-PROGRAM YANG DIPERKENAL :
-PENGGUNAAN JAM PERAKAM WAKTU KERJA.
-PENGGUNAAN TANDA NAMA
-PENUBUHAN PASUKAN MENINGKAT MUTU KERJA.
-KONSEP PEJABAT TERBUKA
-PERKHIDMATAN KAUNTER/PERKHIDMATAN BAYARAN BIL SETEMPAT.
-FAIL MEJA DAN MANUAL PROSEDUR KERJA.
-TUJUAN MENGUBAH STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA YANG BOLEH MENDORONG KAKITANGAN AWAM MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN DAYA PENGELUARAN MEREKA.
OBJEKTIF
UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN, KECEKAPAN, PENGETAHUAN SERTA MENERAPKAN NILAI-NILAI KERJA YANG POSITIF DARI JEPUN DAN KOREA DALAM MENINGGIKAN PENGHASILAN KERJA.
-UNTUK MENINGKATKAN DAYA PENGELUARAN DAN MUTU KERJA DAN BUKAN UNTUK MENGENEPIKAN PERKARA YANG BAIK YANG BOLEH DIPELAJARI DARI NEGARA-NEGARA LAIN.
-TIDAK BERMAKNA MEMBELI SEMUA BARANG ATAU MEMBERI SEMUA KONTRAK KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT NEGARA TIMUR MELAINKAN TAWARAN MEREKA ADALAH TERBAIK.
PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN DI BAWAH DASAR PANDANG KE TIMUR
1.LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN TEKNIKAL
2.PROGRAM PENGAJIAN AKADEMIK
3.PROGRAM PENGAJIAN TEKNIKAL
4.PROGRAM PENGAJIAN EKSEKUTIF
5.HUBUNGAN DENGAN INSTITUSI-INSTITUSI
6.SKIM LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
STRATEGI
DITUJUKAN KEPADA PENERAPAN NILAI-NILAI DAN ETIKA KERJA YANG TERDAPAT DI JEPUN DAN KOREA DENGAN CARA-CARA BAGAIMANA UNTUK MENINGGIKAN DAYA PENGELUARAN NEGARA DAN MUTU KERJA, MEMBANGUN SATU MASYARAKAT MALAYSIA YANG TEKUN, RAJIN, BERDISIPLIN DAN BEKERJA MENGIKUT NILAI-NILAI DAN ETIKA KERJA YANG BAIK.
WUJUD SATU PASUKAN KERJA YANG BERKESAN DAN DAPAT MENINGKATKAN PRODUKTIVITI NEGARA
-NILAI-NILAI DAN ETIKA KERJA
-KERAJINAN DAN DISIPLIN KERJA
-KESETIAAN KEPADA NEGARA DAN ORGANISASI
-KEUTAMAAN KEPADA KEPENTINGAN KUMPULAN DAN TIDAK DIRI
SENDIRI
-DAYA PENGELUARAN DAN MUTU KERJA
-PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN, MUTU KERJA DAN KECEKAPAN.
-PENGURANGAN PERBEZAAN DAN JURANG ANTARA EKSEKUTIF DAN
PEKERJA
-SISTEM PENGURUSAN YANG MEMENTINGKAN KEJAYAAN JANGKA
PANJANG.
MASALAH PELAKSANAAN
-OBJEKTIF DASAR
-TERLALU AM
-PELAKSANAAN MERANGKUMI SEMUA RAKYAT
-HANYA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN
-PEMBIAYAAN LATIHAN
-MASALAH DALAM LATIHAN
-PENGIKTIRAFAN IJAZAH
-PELANGGARAN SYARAT PERJANJIAN
-MENINGGALKAN LATIHAN
-SIKAP NEGATIF
-ENGGAN MENGIKUT SENAMAN DAN BERGAUL
MASALAH DASAR DARI ASPEK LAIN
-PENGUBALAN DASAR
-PERLU KAJIAN TELITI
-LIBATKAN PENTADBIR YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN
-TIDAK HANYA PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS
-KEBERKESANAN KE ATAS PRODUKTIVITI SUKAR DIUKUR
-PENGURUSAN JEPUN TIDAK ‘PORTABLE’
LANGKAH MENGATASI MASALAH PELAKSANAAN
-KURIKULUM SEKOLAH
-JANGKAMASA PELAKSANAAN
-KAJIAN MENDALAM MENGENAI NILAI-NILAI YANG SESUAI
-SISTEM PENGHARGAAN
RUMUSAN
MALAYSIA MENGORAK LANGKAH UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM PENTADBIRAN NEGARA MELALUI PENGALAMAN NEGARA-NEGARA TIMUR DISEBABKAN NEGARA BARAT TELAH KEHILANGAN KEUPAYAAN MEREKA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI, MEMENTINGKAN KESELESAAN HIDUP DAN TIDAK LAGI MEMENTINGKAN KESANGGUPAN DAN KEUPAYAAN BEKERJA.
Subscribe to:
Posts (Atom)